Home » , , » Jom sambung belajar free..MYBRAIN15..

Jom sambung belajar free..MYBRAIN15..

Memandangkan aku ni dah berjinak-jinak dalam bidang akademik..aku rasa begitu teruja dengan intensif kerajaan terbaru ni iaitu MYBRAIN15..meh aku cerita sikit pasal MYBRAIN15 ni..korg boleh jugak dapat info mendalam dekat website KPT mohe...MYBRAIN15 ni ialah bantuan kerajaan untuk menggalakkan rakyat malaysia menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi secara sepenuh masa..terutamanya bagi mereka yang baru menghabiskan pengajian undergraduate dan pekerja swasta...pembiayaan merangkumi pembiayaan yuran pegajian dan juga bantuan sara hidup bulanan bergantung pada terma dan syarat..Program ni sebenarnya untuk memperbanyakkan bilangan pemegang PHD menjelang tahun 2020..

Aku rasa ni peluang keemasan yang dihadiahkan oleh kerajaan..Sebelum aku mnyertai bidang akademik ni..aku pernah bekerja di salah satu GLC..selepas 3 tahun aku mengambil keputusan nak sambung belajar..tapi masa tu puas aku mencari biasiswa untuk menaja pengajian aku sebab aku rasa dapat mengurangkan beban kewangan aku..tapi masa tu memang susah nak jumpa termasuklah MARA,JPA dan sebagainya...alhamdulillah nasib aku baik...aku dapat jadi tenaga pengajar kat sebuah IPTA dan sekarang mereka menaja aku menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi..

Ape yang aku nak tekankan kat sini..aku menyeru semua ambillah peluang yang kerajaan bagi FREE ni..dulu bukan main susah lagi aku nak jumpe peluang terhidang camni..sebab zamn sekarang ni..terlalu ramai yang dah ade degree..mungkin kalo kite sambung master & PHD..kite akan jadi lebih marketable..Sekadar pendapat saja...

0 comments:

 


IT'S JUST A BEGINNING - Templates Novo Blogger 2008