Jom sambung belajar free..MYBRAIN15..

Memandangkan aku ni dah berjinak-jinak dalam bidang akademik..aku rasa begitu teruja dengan intensif kerajaan terbaru ni iaitu MYBRAIN15..meh aku cerita sikit pasal MYBRAIN15 ni..korg boleh jugak dapat info mendalam dekat website KPT mohe...MYBRAIN15 ni ialah bantuan kerajaan untuk menggalakkan rakyat malaysia menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi secara sepenuh masa..terutamanya bagi mereka yang baru menghabiskan pengajian undergraduate dan pekerja swasta...pembiayaan merangkumi pembiayaan yuran pegajian dan juga bantuan sara hidup bulanan bergantung pada terma dan syarat..Program ni sebenarnya untuk memperbanyakkan bilangan pemegang PHD menjelang tahun 2020..

Aku rasa ni peluang keemasan yang dihadiahkan oleh kerajaan..Sebelum aku mnyertai bidang akademik ni..aku pernah bekerja di salah satu GLC..selepas 3 tahun aku mengambil keputusan nak sambung belajar..tapi masa tu puas aku mencari biasiswa untuk menaja pengajian aku sebab aku rasa dapat mengurangkan beban kewangan aku..tapi masa tu memang susah nak jumpa termasuklah MARA,JPA dan sebagainya...alhamdulillah nasib aku baik...aku dapat jadi tenaga pengajar kat sebuah IPTA dan sekarang mereka menaja aku menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi..

Ape yang aku nak tekankan kat sini..aku menyeru semua ambillah peluang yang kerajaan bagi FREE ni..dulu bukan main susah lagi aku nak jumpe peluang terhidang camni..sebab zamn sekarang ni..terlalu ramai yang dah ade degree..mungkin kalo kite sambung master & PHD..kite akan jadi lebih marketable..Sekadar pendapat saja...

Kemaruk nk kahwin 4..anak jadi mangsa..???

Teruk betul berita di muka depan harian metro harini..Pasal 'Kemaruk beristeri 4'..aku cerita sikitla sinopsis berita ni...laki ni da ade 3 isteri tapi nak tambah lagi satu..isteri pertama dia dapat tahu dan bagitau kat perempuan yang nak jadi isteri ke 4 tu pasal die da ade tiga isteri lalu perempuan tu tak jadi kahwin ngan laki tu..Lelaki tu naik angin terus belasah isteri pertama ngan anak2 sekali sampai salah seorang anak dia mengalami cacat kekal..kalau laki ni berkemampuan aku tak kisah sangat..masalahnya ialah dia tak bekerja pun...Itu yang aku pelik tu...macam mana dia boleh kahwin sampai tiga padahal takde keje,macamana nak tanggung nafkah anak isteri..bagi aku laki ni memang tak layak langsung berpoligami..islam membenarkan poligami bagi laki tapi bagi mereka yang berkemampuan dan boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya..

Mengikut pengalaman aku sendiri yang agak baru dalam alam rumahtangga ni..tanggungjawab yang dipikul memang amat besar sekali..Bukan sekadar memberi nafkah , menyediakan keperluan asas dan memberi perlindungan..malahan lebih dari itu..cukup berbeza semasa bujang dulu..semua yang dilakukan untuk kepentingan diri..tak perlu menimbangkan hal orang lain..tapi sekarang segalanya perlu diambil kira..kadang2 terpaksa berkorban untuk anak dan isteri..Berkahwin bukan sekadar untuk memenuhi nafsu semata..tapi lebih dari tu ialah membina satu institusi kekeluargaan yang boleh melahirkan insan yang hebat dan boleh menyumabang kepada agama bangsa dan negara.

Bagi aku senario yang berlaku pada berita harini sebab terlalu mengikutkan nafsu dan hasutan syaitan..memang dalam agama pun peperangan melawan nafsu memang paling berat untuk dihadapi..aku petik artikel di ashtech:-

"Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.

Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.

Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.

Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah 'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "
(Yusuf: 53)

Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".

Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali."

P/S:Sekadar berkogsi untuk peringatan kepada sesiapa yang terbaca entri ni terutamanya diri sendiri.

Proton R3 Satria Neo..Berbaloikah..???

Harini Proton telah melancarkan Satria Neo R3 baru..Satria Neo R3 ni dilengkapi enjin standard 1.6 liter Campro S4PH dinaik taraf Peringkat 2 dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm..Model ini berharga RM79,797...aku bukan nak explain pasal ciri-ciri kereta ni sbb dah diceritakn dengan detail dalam paultan kereta ni dikeluarkan "by enthusiasts, for enthusiasts"..apa yang dimaksudkan dengan ayat ni..Ok..mungkin ade yang akan cakap...mahalnya..baik beli honda city ke..toyota vios ke...ford fiesta dan sebagainya..setakat kereta Proton..dahle kecik...pepatah ada kata.."hanya permata mengenal manikam"...Satria Neo ni bukanlah kereta standard macam city, vois dll..ianya telah ditala oleh Proton Motorsport yang terdiri daripada pakar-pakar dalam dunia Motorsport seperti Tengku Djan(drifter negara)...Setelah melalui pelbagai ujian  seperti durability test, performance test, component test dll..barulah kereta ini boleh dijual..Mungkin ramai yang kata baik modified sendiri kat workshop "Ah Beng"...tak sampai pun rm80K..Tapi kena ingat kalau kita modified sendiri tiada jaminan terhadap ketahanan enjin, body, suspesion terhadap kereta tersebut...aku ingat lagi satu masa dulu ayah aku terpaksa meng"convert " enjin kereta Perdana dia kepada enjin Mitsubishi Twin Turbo sbb enjin standard die memang da kong..aku rasa da 3 kali dah ayah aku terpaksa overhaul enjin dan transmission kete tu..dah berpuluh ribu habis...Jadi kalo korang yang berminat modified kereta ni..baiklah invest beli kereta Satri Neo R3 baru yang agak mahal ni supaya tak pening kemudian hari..Berbaloi tak berbaloi..'tepuk dada tanya selera"..

P/S : Aku sokong barang buatan Malaysia

Biasa tapi kurang relevan

Aku sebenarnya tertarik untuk menulis bila baca di paultan tentang next generation produa myvi ....bukan ape...berdasarkan pengalaman aku bekerja di syarikat GLC automotif  yang "satu-satunya mengeluarkan kereta buatan sendiri"..di mana aku bertugas di bahagian "vehicle testing"...aku memang selalu melakukan ujian di jalan raya umum...Fungsi 'camouflage tape" adalah untuk menyorokkan bentuk sesebuah model kereta baru yang tidak pernah dilihat di mana-mana sudut dunia daripada tatapan umum..bagi mngekalkan 'element of surprise' sesebuah model baru itu...jadi sesungguhnya meng'camouflage'kan sesebuah kereta model baru itu adalah sesuatu yang biasa bagi sebuah pembuat kereta.namun begitu bagi kes perodua myvi baru ni...umum sudah mengetahui bahawa ianya adalah 'rebadge' kepada toyota passo..jadi sudah tiada 'surprise element' terhadap model produa myvi ini..jadi bagi saya kurang relevan sebenarnya untuk meng'camouflage'kn kereta ini....

salam perkenalan

Assalamualaikum semua...aku ni baru je terlibat dalam dunia blog ni...saje nak menulis ape yang terbuku di hati..aku hanyalah insan yg mencintai ilmu...pernah bekerja dlm industri automatif dan sekarang menceburi bidang akademik..harapan aku semoga melalui medium ini dapat bertukar-tukar  pendapat dengan sesiapa saja di dunia ni..sekian..

Oh ye..sesiape yang berminat dgn gosip terbaru dunia automotif terutamanya negara kita Malaysia..bolehlah kunjungi paultan.org , gosip dlm blog ni bolehla dikatakan 80% benar...

SITEMAP


 


IT'S JUST A BEGINNING - Templates Novo Blogger 2008